Tuesday, June 4, 2013

Takdir

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..



أنا رمي،(aku adalah anak panah)
من رماية الإسلام،(daripada anak panah2 islam)
فارمي!(panahlah aku!)
أين ما شئت.(ke mana saja engkau mahu)


سبيلنا...سبيلنا...جهاد (jalan kami adalah jihad)
أملنا..أملنا..شهيد!(cita kami adalah syahid)
بالروح بالدم...نفديك يا إسلام!!(dengan nyawa,dengan darah,akan aku pertahankan islam!)

.................................................................................................................

Laungan jihad ini sentiasa mengingatkan kembali sejarah perjuangan islam.
apabila menghayati setiap detik perjuangan Rasulullah SAW bersama sahabat,
terasa rindu dan hiba dihati..

Ya Rasulullah, andai kau masih ada lagi.....

Sejak mula melangkah remaja, hati menyusun pelbagai cita-cita.
Tiba melangkah usia, jihad memanggil memecah suasana..
Hati mula resah, jiwa seakan-akan goyang.

Dahulunya yakin dengan perjuangan,
Hari ini mula persoal kenapa disana...kenapa disini,
Lemahnya iman...Subhanallah..

Nama diangkat sebagai perjuangan revolusi sejarah,
Keturunan diangkat dengan iman dan darah,
Perjuangannya sentiasa dibibir manusia,
memberi kesedaran kepada umat yang rosak,

Ketika wujud didunia, nama diberi tanpa dipaksa,
Pelbagai pujian menjadi makanan harian,
Sehingga bertanya didalam diri "siapakah dia"?
Dialah pejuang menaikkan nama islam.

Takdir Allah, Perjuangan bukan di tanah sendiri,
Malah dinegeri jiran,
hati sentiasa berbelah bahagi,
Takdir Allah, perjuangan terpaksa diteruskan.

Berat hati bukan nafsi,
Kerana Hati cinta hakiki,
Berat amanah dipikul sendiri,
Kerana iman tidak diwarisi.

#Ya Allah, Jadikanlah aku anak panah pejuang islam yang janjikan kemenangan syahid seperti mereka..
Lembutkan hatiku agar aku taat dan patuh segala perintahmu

Amiin~

No comments:

Post a Comment