Tuesday, July 30, 2013

Pekerjaan

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Maka Tamatlah sudah perjuangan dunia.

Saat meniti alam baru,
Pelbagai ujian dihadapi,
Seolah-olah baru mengenal dunia,

Dunia pekerjaan.

Satu dunia baru.
Dalam masa yang sama mengimbangkan masa dengan perjuangan islam,
Siapa mampu buat?

Diri ini lemah selemah lemahnya bos.
Terkebil-kebil rasa.

Walaubagaimanapun,
Syukur kehadrat Allah.

Istikharah jadi panduan ketika melangkah keluar,
Buntu nak pilih itu ini,

Akhirnya dari 3 minggu berfikir,
Datang sahabat tawar satu pekerjaan tidak sampai 5 minit,

Yang itu jadi pilihan,

Subhanallah, Allah dengar. Allah tunjukkan.

Alhamdulillah, kini berkhidmat bersama para sahabat dan para pejuang.
Muslimin dan Muslimat.
Ibarat Keluarga baru.

Beruntung berada dalam lingkungan dipilih Allah.
Kerana pekerjaan ini menuju Akhirat.

sukanya.

Monday, July 8, 2013

Bulan Mulia

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Alhamdulillah,
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya masih lagi 
diberi nikmat terbesar yakni nikmat iman dan nikmat islam.

Bersyukur juga kepada junjungan mulia Rasulullah SAW dengan para sahabatnya
berjuang demi menyebarkan agama islam hingga di bumi tercinta, Malaysia.

Setinggi-tinggi kesyukuran juga buat bakal bidadari syurga,
dengan keikhlasan hatinya menerima pembimbing yang lemah dan hina ini.

Bulan Ramadhan menjelang, menyerikan bumi Allah.
Bersyukur kepada Allah diberikan kehidupan dan nikmat bulan Ramadhan.

Sememangnya rindu pada bulan mulia ini,
berbeza dahulunya sangat jauh dengan Allah,
bahkan langsung tiada kerinduan pada bulan-bulan mulia.

Astaghfirullahalazim.

Tetapi kali ini, bulan Ramadhan memberikan kesan mendalam buat diri,
Allah memberikan pinjaman sementara bidadarinya di dunia ini bagi membimbing diri
agar terus istiqamah.

Menjadi jam loceng disaat alpa,
Menjadi cerminan tarbiyah diri disaat lalai,


Subhanallah.

Terima Kasih Ya Allah


Thursday, July 4, 2013

Sebelum dan Sekarang

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Sebelum dan sekarang

Apa kelebihannya?

Sebelum ini, diri rasa perlu ditarbiyah.
perlukan pengisian rohani,
perlukan sokongan.

Sekarang ini, diri rasa berlainan,
rasa mula kosong,
rasa jauh dengan Allah.

kenapa?

adakah maksiat yang menghalang amalan?
adakah persekitaran mengganggu perbuatan?

atau mula terdedah dengan perkara yang 'mudah'.

mudah melakukan.
mudah dilaksanakan.

Hinggakan tidak tahu beza hitam dan putih.

Hari-hari mencari,
Hari-hari muhasabah diri.

Apa kelebihannya?

jauhkan. bersabar. taat Allah dan Rasul.

Monday, July 1, 2013

Indah

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Kita tidak merancang untuk diberi kehidupan ini,
Allah meletakkan segala-galanya di Luh Mahfuz,

Segala percaturan hidup,
Allah tentukan,
sebagai hamba perlu akur dan redha dengan ketentuannya,

Kita percaya Allah,
Maka segala aturannya ada keindahan,

Hidup itu indah...

Tetapi mati itu juga indah,
indah ke?

ya. untuk orang beriman.

maka dalam meniti kehidupan yang indah ini,
tanamkanlah iman dalam diri,
sirami dengan nur,
selimuti dengan tarbiyah diri,

jika sempurnra,
indahlah kehidupan dunia dan akhirat,







Thursday, June 27, 2013

Sebutir Pasir

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Alhamdulillah, 

Diberi nafas baru, hidup baru, jalan baru...

Bersyukur kepada Allah SWT diatas kurniaan rezeki yang tidak terhingga banyakknya,
nikmat iman dan nikmat islam yang masih lagi memegang jasad ini.

Ucapan "Terima Kasih" kepada yang menjadi sebahagian dari hidup ini,
yang sanggup menerima ujian besar didunia, 
semata-mata kerana kebahagiaan di akhirat.

Sepanjang menempuh kesabaran,
setiap hari, setiap ujian hati,
ia mematangkan diri untuk tetap teguh berdiri,

Buat yang ter 'istimewa',
Terima Kasih banyak-banyak,
kerana menerima sebutir pasir yang hina,

Bersihkanlah ia sebaik-baiknya,
jaga sebaik-baiknya,
pelihara sebaik-baiknya,

Bawalah sebutir pasir ini ke tanah Syurga Allah,
kawasan yang cantik,
tanaman yang subur,

Bahkan kekal abadi buat selama-lamanya,

Dengan lafaz 'suci',
Semoga Allah permudahkan jalan dalam membina sebuah bahtera yang mampu menerjah lautan luas.

Terima Kasih yang ter 'istimewa'

..............................................
(  Bakal penghuni syurga Allah   )

Sunday, June 9, 2013

Pinjaman

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Siapa diri kita sebenarnya?
Milik siapakah kita?

Selama kita mengenali ibu bapa kita, 
jiran kita, 
sahabat kita,
roomate kita,
housemate kita,
malah masyarakat kita,

sepanjang perkenalan banyak bertembung langit dan bumi,
sepanjang perpisahan banyak perlanggaran laut dan darat,

kenapa riak?
kenapa sombong dengan Allah?

kita hanya pinjaman sahaja,
sahabat kita pinjaman sahaja,

ibu bapa kita hanya pinjaman sementara sahaja,

segala-gala milik Allah,

kenapa kecewa?
kenalilah Allah, jangan sombong.

Syukur

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Bersyukur pada Allah.

Ketika inginkan sesuatu perkara yang amat serius dalam kehidupan,
Allah membantu dengan tanda-tanda kepada orang beriman,

sujud syukur disurau ditengah malam,
kerana menerima berita gembira,

saat kejahilan bergelumang satu ketika dahulu,
bersyukur istilah yang paling berat nak laksanakan.

payah ke?
dulu la...

skrg?

bila nakkan hasrat tu dikabulkan,
setiap tindakan mendahulukan Allah,
Allah menjawab. syukur. Alhamdulillah.

disebabkan ini juga, air mata mengalir tiba-tiba.
adakah aku ikhlas bersyukur.

sangat.
teramat sangat.

bersyukur kepada Allah,
maksiat semakin jauh, makin meluat dan makin bersabar.

Syukur padaMu Ya Allah~