Friday, May 31, 2013

Buku Sketch dan Pensil

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


ia menjadi peneman sejak kecil hingga besar
menyebabkan banyak
menyendiri dengan dunia sebenar
aktif didunia fana

sejak kecil mengurung diri,
mengkaji dunia animasi,
merantau seorang diri,
ribuan dakwat dalam imaginasi,

bakat anugerah Ilahi,
menconteng arang dimuka sendiri,
saban hari berlalu, hidayah menembusi diri..
mengetuk pintu hati,

agar berjihad melawan nafsi,
langit cerah melakar permukaan bumi,
dunia berputar diatas paksi,
pejuang-pejuang islam melaungkan Takbir,

segala kejahilan dan kemurkaan mula tercicir,
kini merantau bersama sahabat,
ribuan jiwa ribuan taat,
bakat anugerah Ilahi diperhalusi,

melakar bukan alam fantasi,
melakar indah terjemahan hati.

Anugerah Allah yang sentiasa alpa dalam diri seseorang adalah Bakat. Bakat yg dikurniakan bukti kekuasaan Allah. manakan sama Bakat setiap insan. kenapa terpilih?

Kerana Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya.
Gunakan Bakat dengan jalan yang diredhai bukan jalan yang Dia murkai.

Sirru Ala Barakatillah~

Cinta

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Meraih cinta Allah
dengan beriman kepadanya dan mengamalkannya

Apabila iman dan amal disebatikan dalam diri
muncul keteguhan hati yang mantap
yakin dengan iman, benar dengan amal

Meraih cinta Manusia
dengan ikhlas kepadanya dan menjaganya

Apabila ikhlas dan jaga disebatikan dalam diri
muncul ukhuwah yang terikat mantap
yakin dengan ikhlas, benar dengan penjagaan

Nafsu perlu dikawal bukan dipadamkan kerana Allah yang mencipta nafsu

Kenali 'Fiqh'

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Fiqah

tajuk yang biasa dipelajari ketika sekolah rendah dan menengah agama
sekolah kebangsaan?
hanya bab asobiyah

bukan perli tapi realiti

apabila seseorang muslim mengenali fiqh sesuatu perkara, maka setiap perbuatan dan amalannya ada peraturannya.
contoh :

Bila solat ada fiqahnya
Bila berpuasa ada fiqahnya
Bila pergi haji dan umrah ada fiqahnya

TETAPI bagi masyarakat yang 'memahami' islam.

 kenapa didalam siasah tiada fiqah?

Huurul 'iyn

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..

Bidadari syurga yang menanti seorang jejaka
Ketika matinya jejaka ini,
maka datanglah bidadari menjemput hingga baunya yang wangi,
menusuk setiap jemaah yang datang.

Siapa jejaka ini?

Mereka adalah jejaka yang membaca Al-Quran pada setiap hari di dunia.
Wajah Huurul 'iyn tersangatlah cantik hingga setiap ciri-cirinya membuatkan jejaka didunia jatuh cinta.
7 lapisan kain dibetis tetap menampakkan betisnya yang cantik.

Ustaz pernah bercerita "Bidadari ini sedang berkampung dipinggiran syurga sekarang, mereka menanti kita
untuk masuk kesyurga".

Subhanallah

Dua Dunia

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..

Dilahirkan di dunia asing, dibesarkan di dunia asing, di 'pertemukan' di dunia asing
hebat kuasa ALLAH.
Dunia ni tetap asing, tempat persinggahan bg orang yang beriman.

Para Dungu

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..

"Bermulanya jejak dakwah ditengah kancah kejahilan
sedang dahulu kejahilan merupakan makanan para dungu
dalam berjuta Allah memilih pejuang untuk membasmi kegelapan"

kenapa aku?

"muncul para daie memetik para dungu
ditengah-tengah kebengongan digertak tarbiyah
memecah benteng keegoan di rosak penjajah"

kenapa memilih aku?

"mata rantai perjuangan tetap diteruskan
ketika susah dan senang, baru mengerti ukhuwah
diakhir penat lelah perjuangan hanya tinggal senyuman"

Ya Allah, bersyukur memilih aku dalam perjuangan ini?

:')

YA ALLAH, syukur kehadratMU kerana mengurniakan nikmat yang tidak terhingga. tidak mampu aku nak membalas. letakkanlah aku dijalan yang lurus. letakkanlah aku dikalangan yang diredhai oleh Mu.
YA ALLAH, Kau hanya memilih pejuangMu hanya golongan kecil sahaja. Aku tidak layak YA ALLAH. tetapi aku mengharapkan redhaMU.SyurgaMU.

YA ALLAH........