Tuesday, July 30, 2013

Pekerjaan

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Maka Tamatlah sudah perjuangan dunia.

Saat meniti alam baru,
Pelbagai ujian dihadapi,
Seolah-olah baru mengenal dunia,

Dunia pekerjaan.

Satu dunia baru.
Dalam masa yang sama mengimbangkan masa dengan perjuangan islam,
Siapa mampu buat?

Diri ini lemah selemah lemahnya bos.
Terkebil-kebil rasa.

Walaubagaimanapun,
Syukur kehadrat Allah.

Istikharah jadi panduan ketika melangkah keluar,
Buntu nak pilih itu ini,

Akhirnya dari 3 minggu berfikir,
Datang sahabat tawar satu pekerjaan tidak sampai 5 minit,

Yang itu jadi pilihan,

Subhanallah, Allah dengar. Allah tunjukkan.

Alhamdulillah, kini berkhidmat bersama para sahabat dan para pejuang.
Muslimin dan Muslimat.
Ibarat Keluarga baru.

Beruntung berada dalam lingkungan dipilih Allah.
Kerana pekerjaan ini menuju Akhirat.

sukanya.

Monday, July 8, 2013

Bulan Mulia

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Alhamdulillah,
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya masih lagi 
diberi nikmat terbesar yakni nikmat iman dan nikmat islam.

Bersyukur juga kepada junjungan mulia Rasulullah SAW dengan para sahabatnya
berjuang demi menyebarkan agama islam hingga di bumi tercinta, Malaysia.

Setinggi-tinggi kesyukuran juga buat bakal bidadari syurga,
dengan keikhlasan hatinya menerima pembimbing yang lemah dan hina ini.

Bulan Ramadhan menjelang, menyerikan bumi Allah.
Bersyukur kepada Allah diberikan kehidupan dan nikmat bulan Ramadhan.

Sememangnya rindu pada bulan mulia ini,
berbeza dahulunya sangat jauh dengan Allah,
bahkan langsung tiada kerinduan pada bulan-bulan mulia.

Astaghfirullahalazim.

Tetapi kali ini, bulan Ramadhan memberikan kesan mendalam buat diri,
Allah memberikan pinjaman sementara bidadarinya di dunia ini bagi membimbing diri
agar terus istiqamah.

Menjadi jam loceng disaat alpa,
Menjadi cerminan tarbiyah diri disaat lalai,


Subhanallah.

Terima Kasih Ya Allah


Thursday, July 4, 2013

Sebelum dan Sekarang

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Sebelum dan sekarang

Apa kelebihannya?

Sebelum ini, diri rasa perlu ditarbiyah.
perlukan pengisian rohani,
perlukan sokongan.

Sekarang ini, diri rasa berlainan,
rasa mula kosong,
rasa jauh dengan Allah.

kenapa?

adakah maksiat yang menghalang amalan?
adakah persekitaran mengganggu perbuatan?

atau mula terdedah dengan perkara yang 'mudah'.

mudah melakukan.
mudah dilaksanakan.

Hinggakan tidak tahu beza hitam dan putih.

Hari-hari mencari,
Hari-hari muhasabah diri.

Apa kelebihannya?

jauhkan. bersabar. taat Allah dan Rasul.

Monday, July 1, 2013

Indah

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Kita tidak merancang untuk diberi kehidupan ini,
Allah meletakkan segala-galanya di Luh Mahfuz,

Segala percaturan hidup,
Allah tentukan,
sebagai hamba perlu akur dan redha dengan ketentuannya,

Kita percaya Allah,
Maka segala aturannya ada keindahan,

Hidup itu indah...

Tetapi mati itu juga indah,
indah ke?

ya. untuk orang beriman.

maka dalam meniti kehidupan yang indah ini,
tanamkanlah iman dalam diri,
sirami dengan nur,
selimuti dengan tarbiyah diri,

jika sempurnra,
indahlah kehidupan dunia dan akhirat,







Thursday, June 27, 2013

Sebutir Pasir

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Alhamdulillah, 

Diberi nafas baru, hidup baru, jalan baru...

Bersyukur kepada Allah SWT diatas kurniaan rezeki yang tidak terhingga banyakknya,
nikmat iman dan nikmat islam yang masih lagi memegang jasad ini.

Ucapan "Terima Kasih" kepada yang menjadi sebahagian dari hidup ini,
yang sanggup menerima ujian besar didunia, 
semata-mata kerana kebahagiaan di akhirat.

Sepanjang menempuh kesabaran,
setiap hari, setiap ujian hati,
ia mematangkan diri untuk tetap teguh berdiri,

Buat yang ter 'istimewa',
Terima Kasih banyak-banyak,
kerana menerima sebutir pasir yang hina,

Bersihkanlah ia sebaik-baiknya,
jaga sebaik-baiknya,
pelihara sebaik-baiknya,

Bawalah sebutir pasir ini ke tanah Syurga Allah,
kawasan yang cantik,
tanaman yang subur,

Bahkan kekal abadi buat selama-lamanya,

Dengan lafaz 'suci',
Semoga Allah permudahkan jalan dalam membina sebuah bahtera yang mampu menerjah lautan luas.

Terima Kasih yang ter 'istimewa'

..............................................
(  Bakal penghuni syurga Allah   )

Sunday, June 9, 2013

Pinjaman

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Siapa diri kita sebenarnya?
Milik siapakah kita?

Selama kita mengenali ibu bapa kita, 
jiran kita, 
sahabat kita,
roomate kita,
housemate kita,
malah masyarakat kita,

sepanjang perkenalan banyak bertembung langit dan bumi,
sepanjang perpisahan banyak perlanggaran laut dan darat,

kenapa riak?
kenapa sombong dengan Allah?

kita hanya pinjaman sahaja,
sahabat kita pinjaman sahaja,

ibu bapa kita hanya pinjaman sementara sahaja,

segala-gala milik Allah,

kenapa kecewa?
kenalilah Allah, jangan sombong.

Syukur

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Bersyukur pada Allah.

Ketika inginkan sesuatu perkara yang amat serius dalam kehidupan,
Allah membantu dengan tanda-tanda kepada orang beriman,

sujud syukur disurau ditengah malam,
kerana menerima berita gembira,

saat kejahilan bergelumang satu ketika dahulu,
bersyukur istilah yang paling berat nak laksanakan.

payah ke?
dulu la...

skrg?

bila nakkan hasrat tu dikabulkan,
setiap tindakan mendahulukan Allah,
Allah menjawab. syukur. Alhamdulillah.

disebabkan ini juga, air mata mengalir tiba-tiba.
adakah aku ikhlas bersyukur.

sangat.
teramat sangat.

bersyukur kepada Allah,
maksiat semakin jauh, makin meluat dan makin bersabar.

Syukur padaMu Ya Allah~

Terlalu Sibuk

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..



FYP?
Final Animation?
Persatuan islam?
Umi Abi?

semua sibuk..sampai takde masa nak luangkan.

letih.
ye sangat letih.

kalah waktu diploma.
buat pertama kalinya, diberi tugas, tiba-tiba jadi..

buntu, stuck, terpana.

manusia memang tak mampu nak selesaikan semua perkara,
tetapi menghampiri penyelesaian

ya.

didalam kesibukan, ukhuwah sahabat terabai, Mutaba'ah amal?
Subhanallah. ujian.

ada sahabat pernah berkata :

"Allah beri 24 jam mesti ada sebab"

ok. husnuzon.
syukur ada sahabat.

tapi,
sibuk tetap ada, walaupun dah siap sebahagian kerja.

kenapa terlalu sibuk?

didalam kita menempuh kehidupan yang diberikan oleh Allah ini,
menjadi lumrah manusia akan melalui pelbagai fasa kehidupan.

ada sibuk, ada senang, ada susah, ada merana.

perlukah kita bersyukur kerana kesibukan?

ya mesti perlu bersyukur, kerana sesuatu pekerjaan tu juga adalah ibadah.
dapat pahala free...tak gitu?

lastly,

apa yang menenangkan hati ini bila abi call dan berikan respon berkenaan dengan sibuk :

"sibuk ni memang xhabis, Nabi Muhammad SAW turun naik turun naik kat langit nak kurangkan solat dari 50 ke 5 waktu. pun sibuk jugak"

Allah.
Sapa la aku ni berbanding Rasulullah SAW junjungan mulia.

Allahurobbi~

Para Ibu dan Para Bapa

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Hai, para ibu dan para bapa..

marilah memahami fiqh agama dengan lebih mendalam..

bagaimana anak anda dirumah?
bagaimana solatnya?
bagaimana penjagaan kesuciannya?

anak anda dah membesar..dah memahami fiqh agama..

bagaimana hubungannya dengan Allah?
bagaimana hubungannya dengan manusia?
bagaimana hubungannya dengan para ibu dan para bapa?

adakah para ibu dan para bapa sudah berpuas hati dengan didikan anak hari ini?

jangan bina baitul muslim tanpa baitul haraki..

para ibu dan para bapa hanya pinjaman Allah saje...

T.T

Perit dan Pahit

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Diantara sebab penghijrahan terbesar dalam hidup :

1- Hidayah
2- Perempuan
3- Nikmat sakit
4- Pengkhianatan kawan
5- Kemalangan kereta
6- Wasiat pejuang islam
7- Matang

semuanya dilalui dengan rasa perit dan pahit, tetapi kemanisan itu kembali mengisi ruang jisim tubuh.
sungguh indah..

tanpa UJIAN diatas, mungkin boleh rebah hari ini.
syukur Ya Allah.

Ego

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..



Ayat paling best kenakan member.

sebenarnya, terasa jugak bila dah terkena.

ya. 
ego lagi.

dari sudut sesuatu perkara kita rasa ego ni menyusahkan.
tapi, dari sudut lain ego ni penting jugak.

cuma bila kita berkawan, kita akan jumpa kawan yang tinggi egonya.

ego macamn?
macam2 la.

sedikit teguran dari penduduk bumi.
ego ni mcm alien la.
datang kat bumi buat masalah, panjat menara, pukau manusia, menyamar jadi kuda..

macam2 la. haish.

lain la alien ni dapat hidayah. subhanallah.

bila ego meresep jiwa manusia, sombong mula timbul.
pahit bila berkawan, rasa nak tambah cuka.

ok dok?

Tarbiyah

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Tarbiyah

nama yang paling susah nak diamalkan.
nak laksanakan seolah2 perlu mengheret sebesar gunung.

tapi xmacamtu.

bestu?

Tarbiyah ialah mendidik diri supaya dapat mendekatkan diri pada Allah.
ada kata Tarbiyah ni baca Al-Quran, solat sama2, puasa sunat..

yeke?

Pada saya, Tarbiyah ni luas. Tarbiyah diri utk basuh baju, tarbiyah diri untuk pandai bawa kereta.

tarbiyah jugak tu.

kadang-kadang orang yang bersungguh-sungguh dalam tarbiyah pun tidak memahami erti tarbiyah yang sebenar.
um...

Tuesday, June 4, 2013

Lemah

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..



Kita sangka, kita hebat dalam berjuang,
Kita sangka, kita boleh istiqamah dalam perjuangan,

tetapi, hanya dengan ujian Allah yang sekecil2 zarah,
hati tetap rebah menggalas amanah,

Ya Allah, Ampunkan dosaku,
Lemahnya hati ini bila datang pelbagai belenggu,

rasa kurang pasti dengan setiap tindakan yang dibuat,
istikharah mati di hati, sunnah Rasulullah jauh melepasi,

Ya Allah, berilah kekuatan untuk tetap istiqamah dalam perjuangan,
jangan jadikan ianya satu fitnah kepada masyarakat yang kurang yakin dengan agamaMu,

Boleh beri seribu alasan, tetapi tindakan harus selari dengan niat,

Allahuakbar...

Wajah ahli syurga

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Terubat hati melihat wajah sahabat,
betullah apa yang dikatakan :

"bila melihat wajah sahabat yang soleh, bereti kita melihat wajah ahli syurga"

tenang. hilang stress.

Hebat

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..



ada sahabat yang hebat di mata manusia
ada sahabat yang hebat di sisi Allah

bahkan ada kedua2nya,
hidup berlatar belakangkan sederhana tidak mencerminkan apa2,
hanya keyakinan dan kekuatan memancarkan keimanan,

Memilih yang hebat, tetapi diri tidak hebat,
Memilih yang tidak hebat, tetapi diri tetap tidak hebat,

apakah yang hebat sebenarnya?

ilmu?
cerdik?
rupawan?
keturunan?

xsemua Allah beri. tgk kemampuan seseorang. yeke?

ya.

banyaknya sangka buruk. kotor hati. iman jarang dicuci.
Ya Allah gelapnya Hati.

Hebatnya Allah. sentiasa di Hati.

Ke Arah BM

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..






Hasil BM bukan hasil negara,
tapi hasil BM yang akan membina negara

Syukran Umi Abi..:)


Takdir

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..



أنا رمي،(aku adalah anak panah)
من رماية الإسلام،(daripada anak panah2 islam)
فارمي!(panahlah aku!)
أين ما شئت.(ke mana saja engkau mahu)


سبيلنا...سبيلنا...جهاد (jalan kami adalah jihad)
أملنا..أملنا..شهيد!(cita kami adalah syahid)
بالروح بالدم...نفديك يا إسلام!!(dengan nyawa,dengan darah,akan aku pertahankan islam!)

.................................................................................................................

Laungan jihad ini sentiasa mengingatkan kembali sejarah perjuangan islam.
apabila menghayati setiap detik perjuangan Rasulullah SAW bersama sahabat,
terasa rindu dan hiba dihati..

Ya Rasulullah, andai kau masih ada lagi.....

Sejak mula melangkah remaja, hati menyusun pelbagai cita-cita.
Tiba melangkah usia, jihad memanggil memecah suasana..
Hati mula resah, jiwa seakan-akan goyang.

Dahulunya yakin dengan perjuangan,
Hari ini mula persoal kenapa disana...kenapa disini,
Lemahnya iman...Subhanallah..

Nama diangkat sebagai perjuangan revolusi sejarah,
Keturunan diangkat dengan iman dan darah,
Perjuangannya sentiasa dibibir manusia,
memberi kesedaran kepada umat yang rosak,

Ketika wujud didunia, nama diberi tanpa dipaksa,
Pelbagai pujian menjadi makanan harian,
Sehingga bertanya didalam diri "siapakah dia"?
Dialah pejuang menaikkan nama islam.

Takdir Allah, Perjuangan bukan di tanah sendiri,
Malah dinegeri jiran,
hati sentiasa berbelah bahagi,
Takdir Allah, perjuangan terpaksa diteruskan.

Berat hati bukan nafsi,
Kerana Hati cinta hakiki,
Berat amanah dipikul sendiri,
Kerana iman tidak diwarisi.

#Ya Allah, Jadikanlah aku anak panah pejuang islam yang janjikan kemenangan syahid seperti mereka..
Lembutkan hatiku agar aku taat dan patuh segala perintahmu

Amiin~

Berat

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..



lemak tu ada, kalsium tu ada, kolestrol?
no komen..

tapi bukan berat fizikal.......

berat mental.

Allah sayangkan hambanya dengan diberikan ujian.
ujian pula mengikut kekuatan hambanya.

jadi, apa kekuatan aku?

Allah sahaja yang tahu. kerana Dia yang layak mengujiku.

di saat-saat yang getir ini, Allah memberi ujian yang BERAT pada diri hambanya.

dengan kerja,
dengan hati,
dengan dakwah,
dengan sakit,
dengan tohmahan,
dengan perjuangan,

kenapa merungut? 

bukan merungut, tetapi melihat diri yg kerdil merasakan tidak mampu. tetapi janji Allah itu pasti benar!

bersabar dengan nikmat ujian. 

syukran kepada SAHABAT kerana membantu
kerana itulah peranan SAHABAT.

"Sesungguhnya Allah Taala itu Baik dan Dia tidak menerima kecuali yang baik"

Sirru Ala Barakatillah~

Tapisan Allah

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..



Saat perjuangan berlabuh dihujungnya

Allah membuat Tapisan

Seorang demi seorang gugur medan perjuangan

Datang malas, marah, bingung, kurang jelas, tidak berpuashati, iri hati, sedih, riak dan sebagainya

Mengapa Allah membuat Tapisan??

Kerana perjuangan islam yang sebenar adalah berSABAR dalam meniti setiap ujian. 

Dalam 100,000 pejuang, 50,000 yang tidak sabar, 50,000 lagi berjuang, 10,000 lagi tidak berpuashati
20,000 kurang sabar maka tinggallah 30,000 pejuang.

30,000 pejuang - 10,000 tidak beriman = 20,000 pejuang

20,000 pejuang - 10,000 tidak mengamalkan ajaran islam = 10,000 pejuang


hanya 10,000 pejuang islam yang beriman dan percayakan kemenangan islam berbanding 100,000 'pejuang' yang bermacam-macam ragam.

dimanakah kita? 
sekadar melaungkan "Kami Pejuang Islam" tiada erti tanpa perbuatan!!