Thursday, June 27, 2013

Sebutir Pasir

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


Alhamdulillah, 

Diberi nafas baru, hidup baru, jalan baru...

Bersyukur kepada Allah SWT diatas kurniaan rezeki yang tidak terhingga banyakknya,
nikmat iman dan nikmat islam yang masih lagi memegang jasad ini.

Ucapan "Terima Kasih" kepada yang menjadi sebahagian dari hidup ini,
yang sanggup menerima ujian besar didunia, 
semata-mata kerana kebahagiaan di akhirat.

Sepanjang menempuh kesabaran,
setiap hari, setiap ujian hati,
ia mematangkan diri untuk tetap teguh berdiri,

Buat yang ter 'istimewa',
Terima Kasih banyak-banyak,
kerana menerima sebutir pasir yang hina,

Bersihkanlah ia sebaik-baiknya,
jaga sebaik-baiknya,
pelihara sebaik-baiknya,

Bawalah sebutir pasir ini ke tanah Syurga Allah,
kawasan yang cantik,
tanaman yang subur,

Bahkan kekal abadi buat selama-lamanya,

Dengan lafaz 'suci',
Semoga Allah permudahkan jalan dalam membina sebuah bahtera yang mampu menerjah lautan luas.

Terima Kasih yang ter 'istimewa'

..............................................
(  Bakal penghuni syurga Allah   )

1 comment: