Friday, May 31, 2013

Buku Sketch dan Pensil

..:: بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ::..


ia menjadi peneman sejak kecil hingga besar
menyebabkan banyak
menyendiri dengan dunia sebenar
aktif didunia fana

sejak kecil mengurung diri,
mengkaji dunia animasi,
merantau seorang diri,
ribuan dakwat dalam imaginasi,

bakat anugerah Ilahi,
menconteng arang dimuka sendiri,
saban hari berlalu, hidayah menembusi diri..
mengetuk pintu hati,

agar berjihad melawan nafsi,
langit cerah melakar permukaan bumi,
dunia berputar diatas paksi,
pejuang-pejuang islam melaungkan Takbir,

segala kejahilan dan kemurkaan mula tercicir,
kini merantau bersama sahabat,
ribuan jiwa ribuan taat,
bakat anugerah Ilahi diperhalusi,

melakar bukan alam fantasi,
melakar indah terjemahan hati.

Anugerah Allah yang sentiasa alpa dalam diri seseorang adalah Bakat. Bakat yg dikurniakan bukti kekuasaan Allah. manakan sama Bakat setiap insan. kenapa terpilih?

Kerana Allah tahu kemampuan hamba-hambaNya.
Gunakan Bakat dengan jalan yang diredhai bukan jalan yang Dia murkai.

Sirru Ala Barakatillah~

No comments:

Post a Comment